Bual Lebih

Tuesday, March 16, 2010

Kayuhan Santai Sungai Gabai

Sabtu, 13 Mac 2010 - kayuhan santai ke sg gabai disertai 2 org bravier hardcore (ralf n waa) dan 2 bravier baru (sundar n din). kayuhan bermula seawal 8 pagi (sundar bangun lambat) dari Batu 14 Hulu Langat. jarak kayuhan masih lagi dlm siasatan.

CP2 - di kedai nasi lemak adik manis. standard ralf takde la manis mana pun adik tu. sorg makan 2 bungkus nasi lemak kecuali Din kerana mengah masih tidak reda lg.

sorry la gmbr nasi lemak je ade.. gmbr adik manis xde. nak tgk kena datang sendiri.

Perjalan diteruskan selepas pekena nasi lemak dan semangat membara apabila adik manis berkata "kayuh hati2 ye bang.. jgn laju2 sgt."

yeay!! dh sampai.

CP3 - setelah penat mengayuh, kami membuat rawatan spa gigitan ikan manja. di sini la klimax sesi kayuhan santai kali ini. aktiviti bebas.. nak main ikan, nak mandi, nk buang air, nk tdo pun boleh.

braviers' bikes

yang ni paling bravier. pernah menjatuhkan/mendonatkan tuannya sbyk 2 kali.

sundar begitu gembira kerana baju yg dipakai kini sudah longgar

melayan spa gigitan ikan manja tanpa memikirkan keluarga di rumah.

waa tgh menukar tube tayar sundar yg pancit dlm perjalanan sebentar td.

downhill paling mencabar.. takde bravier yg cukup brave lg utk mencuba.

gambar hiasan

Lebih kurang jam 11.30am, waa n din bergerak pulang. basikal sundar tidak berjaya direpair oleh waa. ralf ditugaskan utk menemani sundar sementara waa blk amik kete.

CP4/CP1 - berehat seketika bersama nasi ayam enak rasa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails