Bual Lebih

Sunday, March 21, 2010

BTP/LTM Hash Trail Exploration

Sabtu, 20 Mac 2010 - Aktiviti Bravier Bikers kali ni meredah ladang sawit simpan Ladang Tuan Mee (LTM), Rawang bersama ARB Team. Hanya 6 riders saja yg berani turut serta. 3 dari bravier team (zaly, ralf n lan) dan ARB hanya menghantar 3 org pelapis (faiz, along n dayat a.k.a baby).

Tayar golek start pkul 9am. tidak seperti yg dijanjikan atas sbb2 yg dapat dielakkan tp malas nk elak. keadaan trail tidak la berapa memuaskan sbb hujan mencurah2 malam semalam.

keadaan tayar zaly kona yg dh mcm donat peanut butter.

lan yg nampak agak keletihan sbb demam tp masih berdegil mau mengayuh. "live to ride" katanya.

barisan pelapis ARB yg agak mantap sambil diperhatikan ralf dari jauh.

Faiz a.k.a Rahim Jr beraksi di teres ARB.

Lan juga tidak mau kalah walaupun demam.

Along a.k.a Zaly Jr follow dari belakang.

Ralf sbg sweeper beraksi utk acara penutup persembahan dgn bergaya.

di puncak Bukit Senyap. Ralf bergambar utk kenang2an sbg org pertama yg sampai smbil diperhatikan rakan2 yg lain..
Faiz: basikal ape mamat ni pakai? laju giler.

berehat sebentar selepas layan single trail.

meredah trail baru di tepi lombong. selepas letih menolak basikal boleh terjun terus mandi lombong.

Jarak kayuhan sejauh 15km dan tamat pada jam 11.45am. Aktiviti ni jgk merupakan aktiviti mencari trail baru utk hash ARB pada bulan depan.

utk maklumat lanjut mengenai hash ini, sila lawati Blog rasmi ARB.

1 comment:

Related Posts with Thumbnails